Customer Service

from RM1500

OHSA

from RM1500

Supply Chain Mgmt

from RM1400

Warehouse & Logistics

from RM1500

Fraud & Risk Mgmt

from RM1500

Account Principles & Practices

from RM1500

Kursus Sistem Pengurusan Alam Sekitar : Kefahaman Terhadap ISO 14001 : 2004

Chat to get a Free Quotation

  • Private Class Price is Per Day not Per Pax
  • Send 1 or 20 pax for the same price
  • HDRF Claimable(SBL)

Private Class from

1400/day

(2 Days)

OBJEKTIF

Selepas menamatkan program ini, para peserta akan mampu untuk:

  • Memahami isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar serta mengetahu punca-punca pencemaran itu
  • Memahami kepentingan menubuhkan sistem pengurusan alam sekitar
  • Menjelaskan keperluan-keperluan yang terkandung dalam ISO 14001:2004
  • Menjelaskan model ISO 14001:2004
  • Mendapat makluman awal dalam usaha untuk menubuhkan sistem pengurusan kualiti berlandaskan ISO 14001:2004

PENGENALAN

Menubuhkan sistem pengurusan alam sekitar seperti ISO 14001:2004 merupakan langkah bijak bagi sesebuah organisasi yang mahu memposisikan kedudukannya sebagai sebuah organisasi yang mesra-alam sekitar. Organisasi perlu memastikan wujudnya kawalan yang cukup serta melaksanakan penambahbaikan yang berterusan terhadap proses-proses yang berpotensi untuk memudaratkan alam sekitar. Pencemaran alam sekitar kini menjadi salah satu tumpuan utama bagi kebanyakan negara seluruh dunia kerana pencemaran ini – pencemaran udara, pencemaran dan hakisan tanah, pencemaran air, hakisan sumber asli dan pengurusan sisa, dll – adalah juga penyebab-penyebab yang menghakis flora dan fauna, ya ini menjejas dan memudaratkan kehidupan. Adalah di dapati organisasi-organisasi perniagaan merupakan di antara penyumbang besar kepada pencemaran alam sekitar ini. Organisasi-organisasi yang menubuhkan sistem pengurusan alam sekitar adalah organisasi yang member komitmen bagi memelihara dan memulihara alam sekitar – suburnya penumbuhan flora dan fauna – dan elemen-elemen ini juga adalah penting bagi membekalkan sumber bahan mentah bagi organisasi-organisasi perniagaan.

KUMPULAN SASARAN

Program ini sesuai untuk Jawatankuasa Penubuhan ISO 14001:2004, pihak pengurusan, pihak eksekutif dan mereka yang bertanggungjawab terhadap pengurusan tugasan yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.

METODOLOGI

Program ini akan dilaksanakan melalui ceramah-ceramah pendek diselangi dengan bengkel perbincangan dan latihan ringkas bagi mematapkan lagi kefahaman terhadap ISO 14001:2004.

KEFAHAMAN TERHADAP SISTEM PENGURUSAN ALAM-SEKITAR
  • Definisi Sistem, Pengurusan Dan Alam-Sekitar,
  • Penubuhan Dan Tujuan Sistem Pengurusan Alam Sekitar
  • Isu-Isu Berkaitan Alam Sekitar – Pencemaran Alam Sekitar
  • Pengenalan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004
  • Menfaat Atau Faedah Menubuhkan Sistem Pengurusan Alam Sekitar
MODEL ISO 14001: 2004 EMS
  • Latar Belakang Penubuhan Sistem Pengurusan Alam Sekitar Dan Tujuannya
  • Kaitan Sistem Pengurusan Alam Sekitar Dengan Pencemaran Alam Sekitar
  • Aspek-Impak Dalam ISO 14001:2004
MEMPERKENALKAN ISO 14001:2004
  • Memahami:
    • Keperluan 4: Sistem Pengurusan Alam Sekitar
    • Keperluan 4.1 Keperluan Am
    • Keperluan 4.2 Dasar Alam Sekitar
    • Keperluan 4.3 Perancangan
    • Keperluan 4.4 Implementasi Dan Operasi
    • Keperluan 4.5 Pemeriksaan
    • Keperluan 4.6 Kaji Semula Pengurusan
PERSEDIAAN DAN PROSES PENUBUHAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR
  • Peranan, Tanggungjawab Dan Autoriti
  • Penerajuan Daripada Pihak Pengurusan Atasan
  • Penglibatan Daripada Semua Anggota Kerja
  • Proses Pensijilan ISO 14001:2004
  • Sesi Soal Jawab

Trainers